BERSAMA : ENCIK WAN MUHD AZRUL BIN WAN AHMAD, PENGERUSI SKUAD ANTIDADAH NEGERI KELANTAN
Program Promosi Kesedaran Pencegahan Dadah adalah bertujuan menyebarluas maklumat mengenai dadah dengan kaedah yang lebih cepat, berkesan kepada semua lapisan masyarakat.
Antara objektif program ini ialah menyebarkan maklumat mengenai bahaya dadah kepada seluruh masyarakat dan membangkitkan kesedaran masyarakat untuk bersama pihak kerajaan dalam usaha membanteras dadah.
Diharapkan program ini mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama membanteras masalah dadah dalam komuniti.