KOTA BHARU 18 Okt : Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Taklimat Perundangan kepada Agensi Penguatkuasaan Sempadan di Malaysia (Kelantan – Thailand) bertempat di Hotel GRV Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Objektif dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berhubung isu-isu penguatkuasaan dalam menangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan disamping dapat menjalinkan kerjasama diantara agensi terlibat.
Selain itu bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan kertas siasatan kes jenayah komersil dan tatacara pertuduhan, pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah.
Seterusnya satu taklimat disampaikan oleh YBrs.Tuan Shaharuddin bin Hamzah, Ketua Seksyen Kawalan Bekalan KPDNHEP Putrajaya berkaitan Taklimat Prosedur Serahan Kes Dari Agensi.
Majlis diserikan lagi dengan perasmian penutup Taklimat Taklimat Perundangan kepada Agensi Penguatkuasaan Sempadan di Malaysia (Kelantan – Thailand) disempurnakan YBrs. Tuan Aris bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa, (Pencegahan) KPDNHEP.