Pembentukan Minda Keselamatan hari ini diterapkan kepada hampir 30 orang ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) di PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani.
Dalam βProgram Sejahtera Komuniti Tanggungjawab Kita Bersamaβ anjuran Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti KPKT, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah, MKN Kedah, Encik Mior Ahmad Shah berkesempatan menjelaskan kepada peserta tentang ancaman-ancaman keselamatan yang mungkin dihadapi di peringkat komuniti seperti jenayah kecil dan sosial. Selain itu, peringatan berkenaan ancaman keselamatan siber turut dijelaskan untuk mengelak masyarakat daripada terus menjadi mangsa penipuan siber yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Sungai Petani dan juga Pegawai Perpaduan Daerah Sungai Petani yang sama-sama memberi perkongsian mengenai isu keselamatan dalam komuniti. Maklumbalas yang diterima oleh wakil penduduk amat memberangsangkan dan mereka menyambut baik program-program membentuk minda keselamatan begini diadakan secara berkala.
Konsep Pengurusan Keselamatan Dalam Komuniti (CBSM) perlu diperkukuh dan komuniti perlu bersedia untuk menjadi mata dan telinga kepada agensi keselamatan, dalam usaha mencegah sebarang bentuk ancaman kepada komuniti setempat, mahupun kepada kedaulatan negara.