Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan Angsi Forest Challenge 2022 sempena Bulan Sukan Negeri yang berlangsung pada 15 & 16 Oktober 2022 di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Acara ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir, YB Datoβ Setiausaha Kerajaan Negeri, Barisan Exco Kerajaan Negeri,dan YBhg. Datuk TKSU (Pelancongan), MOTAC.
Sebanyak empat (4) kategori dipertandingkan iaitu Ultra (50km), Ball Breaker (25km), Fast (13km) dan Fun Trail (6km) dengan melibatkan penyertaan seramai 372 peserta tempatan dan antarabangsa.
Penganjuran acara selama dua (2) hari tersebut telah mendapat penyertaan 27 orang peserta luar negara yg melibatkan 12 buah negara iaitu Amerika Syarikat, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Itali, Jepun, Kanada, Mesir, Palestin, Singapura dan United Kingdom.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan kepada semua Jabatan dan agensi yang sama-sama bertungkus lumus memastikan progrm ini berjalan lancar antaranya Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bomba dan Penyelamat NS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan
Ribuan terima kasih juga kepada penaja bagi Angsi Forest Challenge 2022 iaitu Deuter, N8 Nutrition, YAMAtune, Xnocs, Ty Ultra, Medal Lab, Milo, Moma Water, dan Black Cat.
Sumber:Β Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan