Majlis Aspresiasi@Merdeka Keluarga Malaysia 2022 anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Labuan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan.
Hadir sama, Pengarah JAPEN Labuan, En. Ab. Rasil Hajatil, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta rakan strategik jabatan itu.
Program turut diisi dengan tayangan video Kembara Merdeka, penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik serta penyampaian hadiah Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan tetamu dihiburkan dengan persembahan buskers.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN


