BAJET 2023 – AGENDA KESEJAHTERAAN RAKYAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pengurusan Sumber Pendapatan Negara)

Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini mendapat perhatian pelbagai pihak apabila jumlahnya diramalkan akan bertambah berbanding tahun lalu.

Dr Mustazar Mansur, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari, UKM berkata Bajet 2023 diharapkan akan memberi perhatian kepada kos sara hidup rakyat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan internet, pengangkutan termasuk pendidikan dan kesihatan.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim pula menjangkakan kerajaan akan menggunakan bajet defisit sebagaimana tahun-tahun sebelumnya memandangkan negara memerlukan satu jumlah yang besar bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus.

Pada masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizĀ  telah mula mengadakan sesi jelajah ke semua negeri dalam usaha mendapatkan pandangan dan cadangan di peringkat akar umbi, terutamanya rakyat, industri setempat dan kerajaan negeri.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, seiring dengan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19, Bajet 2023 akan terus menumpukan kepada agenda kesejahteraan rakyat terutamanya dalam aspek pendapatan dan perlindungan sosial.

Sumber rujukan : Berita Harian dan Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut