PROGRAM KOMUNITIKU AKTIF: ZUMBA KESELAMATAN BERSAMA WARGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH, KEM TEBRAU JOHOR

JOHOR BAHRU, 27 Ogos 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah menganjurkan Program Komunitiku Aktif : Zumba Keselamatan bersama warga Rej. 501, Kem Tebrau, Johor pada 26 Ogos 2022. Program tersebut turut disertai oleh Timbalan Komander Rejimen 501 AW, Lt Kol Mohd Fauzi, Timbalan Komander Rejimen 501 AW.

Pada program ini para peserta telah diperkenalkan dengan senaman Johorobik (J.Robik) oleh Ellyjb Aerobiclub. Sedikit makluman ringkas, J.ROBIK adalah satu program kecergasan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Johor di mana ianya berteraskan senaman yang mempunyai gerak latihan seni mempertahankan diri iaitu Silat Sendeng, Aikido, Silambam dan Tai Chi serta gerak asas Tarian Zapin. Para peserta kelihatan sangat bersemangat dalam menjayakan aktiviti riadah ini.

Terima kasih

warga REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH Kem Tebrau.

Terima kasih juga kepada Lt Kol Mohd Fauzi, Timbalan Komander Rejimen 501 AW yang sudi menerima kunjungan kami dan mengadakan program ini bersama. Pengalaman ini sangat bermakna buat kami dan berharap agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

                              
               

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut