KLUANG, 23 Ogos 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Kluang telah menganjurkan Program Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama Peringkat Daerah Kluang Tahun 2022.
Program ini yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini, telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tn. Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid dan turut dihadiri oleh Pengarah Keselamatan Negeri Johor, Tn. Mohd Tamizi bin Dan serta penjawat awam daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Program diisi dengan sesi perkongsian mengenai Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti. Dalam program tersebut juga turut dimeriahkan dengan sesi soal jawab / kuiz bersama para peserta mengenai maklumat yang disampaikan semasa sesi perkongsian dan maklumat am berkenaan negara Malaysia.
Diharapkan semua yang hadir mendapat pencerahan dan ilmu yang berguna berkenaan intipati yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan seterusnya dapat memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan Negara.
Semoga Malaysia akan terus kekal berdaulat, aman dan sejahtera.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL
Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor





