MITI: MALAYSIA PEROLEH PELABURAN JEPUN BERNILAI RM9.3 BILION

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA pada 6 September 2022 melaporkan Malaysia memperoleh pelaburan bernilai RM9.3 bilion menerusi Misi Perdagangan serta Pelaburan (TIM) terbaharu ke Jepun yang diketuai oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.  Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan, pelaburan itu merangkumi sektor strategik serta berpotensi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), penyelidikan dan pembangunan (R&D), biojisim, teknologi maklumat dan komunikasi, industri kimia dan makanan. Antaranya projek pelaburan oleh Idemitsu Kosan Co Ltd dan Euglena Co Ltd serta projek pengembangan dan kepelbagaian pelaburan oleh Tosoh Corporation, NTT Corporation serta KOA Corporation. Jepun merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) utama Malaysia daripada segi pelaksanaan projek perkilangan, dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak US$688 juta (RM3.03 bilion) yang direkodkan dari Januari hingga Jun tahun ini.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut