LABUAN, 9 Sept (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan yang telah berusia 2 dekad perlu bijak dalam menjaga hubungan yang sedia ada dan lebih dekat dengan rakyat Labuan.
Pengerusinya, Senator Datuk Bashir Alias, berharap supaya kakitangan Perbadanan Labuan lebih profesional, mempunyai daya penyelesaian masalah yang terbaik.
“Perbadanan Labuan juga mengalu-alukan pandangan warga WP Labuan terhadap perkhidmatan dan kebajikan yang disampaikan oleh Perbadanan Labuan melalui saluran yang dimiliki oleh Perbadanan Labuan seperti Laman Web, Facebook, Twitter, Tiktok, Telegram dan lain-lain.
“Perbadanan Labuan bersedia untuk menganjurkan program khusus tetapi melihat selama suku abad bagaimana Perbadanan Labuan terus relevan kepada warga Labuan dan berdiri sendiri dalam mengukuhkan sumber pendapatan,”katanya pada Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan (HBPPL) 2022 Dan Pengisytiharan Labuan Geopark, di sini semalam.
SUMBER : FACEBOOK MALAYSIA AKTIF


