TEATER PERJUANGAN TOK JANGGUT PUKAU PENONTON

 

PASIR MAS – Sempena merasai kehangatan sambutan kemerdekaan yang ke-65, persembahan Teater Tok Janggut daripada Kumpulan Jihad Putera Jeram Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) memukau dan memberi penghayatan bermakna, sehingga ramai penonton menitiskan air mata menyaksikan perjuangan dan pengorbanan pahlawan Tuan Guru Hasan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) mempertahankan tanah air.
Persembahan tersebut diadakan sempena Program Muzium Bersama Komuniti yang diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Tok Uban pada 1 September lalu.
Berucap di majlis perasmian Program tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata fungsi sesebuah muzium itu sendiri adalah lebih kepada memberi pendidikan kepada masyarakat.
“Secara keseluruhan, Kelantan mempunyai sembilan buah muzium dan tambahan sebuah lagi Muzium Pertanian dalam proses pembinaan.
Tujuan muzium diwujudkan, bukan sekadar mempamerkan barangan-barangan lama atau warisan yang berusia ratusan tahun, tetapi ia lebih berperanan sebagai satu institusi dalam menjana pemikiran rakyat untuk pembentukan jati diri serta cintakan negara,” katanya.
Selain itu, persembahan silat turut diadakan di samping sukaneka permainan tradisi orang-orang dahulu bagi memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada golongan muda.
Antara permainan tradisi yang dipertandingkan ialah congkak, dekcok (teng-teng), kaki hantu, terompah gergasi, selambut dan lompat getah.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut