PROGRAM JOM BERKAYAK MERDEKA 2022

——————————————————————————————————–
KUALA TERENGGANU, 4 SEPT 2022
——————————————————————————————————–
Program Jom Berkayak Menyelusuri Sungai Kg. Pasir Tinggi ke Sungai Kalang Warisan
Tarikh : 31 Ogos 2022 (Rabu)
Tempat: Kalang Warisan, Kuala Terengganu
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Program dimulakan dengan aktiviti berkayak bermula Kg Pasir Tinggi ke Kalang Warisan sepanjang 4.5 km bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Acara pelepasan kayak dibuat oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Acara ini melibatkan 30 buah kayak dan 60 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Pengakap Negeri Terengganu, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Penerangan dan MKN Terengganu.
Pada masa yang sama bertempat di Kalang Warisan, telah berlangsung pertandingan mewarna kanak-kanak tadika KEMAS dan taklimat isu-isu semasa yang telah disampaikan oleh Haji Ahmad Redza dari Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dan Puan Seri Edayu Huzaizie dari MKN Terengganu. Hampir 100 orang penduduk setempat dan ibubapa kanak-kanak tadika KEMAS yang hadir memeriahkan program ini. Di samping itu AADK Terengganu juga mengambil bahagian dengan membuka pameran dan maklumat berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah.
Pada jam 11.00 pagi, peserta kayak selamat tiba di jeti Rengas, Kalang Warisan dan telah disambut dengan iringan lagu patriotik “Jalur Gemilang” dan bendera telah dikibarkan dengan penuh bersemangat oleh peserta kayak sepanjang lagu tersebut dipasang.
Pada jam 12.15 tengah hari, acara perasmian penutup telah dilakukan oleh YB Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO. Antara tetamu yang turut hadir adalah isteri kepada YB Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, wakil-wakil jabatan iaitu Jabatan Penerangan, MKN, AADK, JBS dan KEMAS.

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut