PROGRAM BICARA EKSEKUTIF BERSAMA WARGA PENDIDIK NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM 23 Ogos 2022 – Program Bicara Eksekutif Dasar Keselamatan Negara bersama warga pendidik negeri Selangor telah dijayakan di Institut Kesihatan Nasional Kementerian Kesihatan Malaysia yang melibatkan seramai 500 warga pendidik negeri Selangor. Program ini telah dirasmikan olehย  YBrs Tuan Badrul Shah bin Mohd Idris yang mewakili Ketua Pengarah Keselamatan Negara. Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Rohayati binti Abd Hamed Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah Keselamatan Negeri, para Pegawai Pendidikan Daerah dan lain-lain jemputan.

Sesi taklimat dibahagikan kepada dua sesi yang menyentuh berkenaan Media Sosial dan Keselamatan yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Abdul Rahim dan Intipati Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 disampaikan oleh Encik Zuhri bin Ismail. Program ini diakhiri dengan sesi pengibaran jalur gemilang bersempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Insititut Kesihatan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Bicara Eksekutif bersama warga pendidik negeri Selangor.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut