GENERASI MUDA DISARAN HIDUPKAN SENI WARISAN TEMPATAN

 

PASIR PUTEH – Kebudayaan dan kesenian adalah program yang menjadi tarikan dan perhantian masyarakat.
Keterlibatan gandingan generasi lama dan baharu dalam sesebuah acara mampu menjadi pemangkin untuk membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.
Berucap semasa merasmikan Majlis Sambutan Hijratul Rasul dan Jelajah Seni Warisan DUN Gaal, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) ll, YB Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata beliau bangga melihat golongan veteran dan belia berganding bahu menjayakan program tersebut.
“Pihak kami, lima wakil rakyat di Parlimen Pasir Puteh sentiasa menawarkan bantuan dan sokongan kepada tuan-puan dalam menghidupkan pertubuhan-pertubuhan seni sama ada dalam bentuk pembinaan kemudahan atau penganjuran program,” katanya.
“Buka gelanggang bukan kita nak berbalah (bergaduh), tapi biar kita ada seni mempertahankan diri, sebabnya dunia sekarang ini macam-macam kes jenayah mencuri dan merompak berlaku. Malah dalam Islam sendiri, membela diri, keluarga dan harta adalah sebahagian daripada tuntutan agama,” tegasnya.
Program yang berlangsung di Dataran Sungai Gaal pada 20 Ogos itu bertambah meriah dengan acara penyediaan 13 kawah bubur asyura.

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut