DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
PDRM telah menggunakan Konsep Meet And Greet sebagai platform bagi mendekati pelbagai golongan masyarakat. Ianya bertujuan :-
1) untuk memperkasakan pendekatan dan konsep Omnipresence melalui kehadiran Pihak Polis dalam usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat setempat.
2) untuk mendapatkan maklumat jenayah dari orang ramai bagi memastikan Pihak Polis dapat mengatur gerak dan memproses sebarang maklumat yang di terima dari orang ramai.
3)bertemu dengan masyarakat dalam menerangkan konsep Stop & Talk dan Meet And Greet sambil memberi panduan kepada masyarakat bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan Pihak Polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah di kawasan mereka.
4) menjadikan orang ramai menjadi mata dan telinga kepada Pihak Polis bagi sama sama membanteras jenayah di daerah Timur Laut.
Sumber : IPD Timur Laut