HARI ASEAN KE-55: USAHA KEMANUSIAAN SERANTAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Komunikasi Keselamatan)

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri bersama-sama Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah menyertai sambutan Hari ASEAN ke-55 yang diadakan pada 8 Ogos 2022 di Markas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong. Sambutan berkenaan turut dihadiri oleh dif-dif kehormat serta Pegawai-pegawai daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan, Perwakilan Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan Dialog di Kuala Lumpur, wakil daripada Pertubuhan Masyarakat Sivil, ahli-ahli akademik dan wakil-wakil daripada sektor swasta.

Buat julung kalinya Wisma Putra bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) bagi menganjurkan Hari ASEAN yang bertemakan β€œUsaha Kemanusiaan Serantau”, dalam mengetengahkan usaha bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat serantau. Acara ini juga menzahirkan hubungan akrab dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan Dialog untuk mengurus dan mengendalikan bencana serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di zon konflik, dalam semangat kemanusiaan.

Sumber rujukan:

Wisma Putra