DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah mengadakan naziran melalui Inspektoriat Pematuhan Perlindungan ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Β Tuan Nor Afandi Bin Mohamed Rashid telah hadir sendiri bersama-sama delegasi daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Selain daripada mengadakan naziran, beliau dan pasukan turut memberi khidmat nasihat dan informasi terkini dalam memperkasakan aspek keselamatan perlindungan organisasi.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang