PROGRAM LATIHAN MENEMBAK SENJATAAPI PERINGKAT IPD SEBERANG PERAI UTARA (IPD SPU)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT
(Ketenteraman Awam)

Bertempat di lapang sasar Batalion 2 Pasukan Gerakan Am Kulim Kedah telah diadakan latihan menembak senjatapi selama tiga (3) hari berturut-turut bermula dari tarikh 26 Julai 2022 hingga 28 Julai 2022 bagi peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Insp. Roslan bin Mat (Pegawai Perlesenan / Ketua Jurulatih), Insp. Valentine (Pegawai TSM / Jurulatih), Sjn Awang (Ketua Caw. Persenjataan / Jurulatih) dan beberapa anggota (jurulatih) telah memberi latihan cara-cara mengendalikan senjatapi kepada peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan anggota IPD SPU.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi ulangkaji cara dan teknik menembak. Langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan senjatapi juga ditaklimatkan oleh Insp Roslan kepada peserta bagi mengelak sebarang kemungkinan terjadi ketika menjalankan tugas.

Disamping meningkatkan lagi kemahiran penggunaan dan pengendalian senjatapi, program latihan seperti ini juga dapat mengenal pasti senjatapi yang menghadapi masalah untuk digunakan.

Sumber : FB IPD Seberang Perai Utara

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut