PENCEMARAN BAU, DUA KILANG PROSES IKAN DIKOMPAUN RM10,000

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Dua kilang memproses ikan di Limbungan Chain Ferry dikompaun oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dengan jumlah kompaun keseluruhan bernilai RM10,000 selepas kedua-dua premis berkenaan didapati gagal menguruskan buangan terjadual hingga menyebabkan berlaku pencemaran bau.

Penduduk Taman Limbungan Indah telah membuat aduan kepada pihak JAS berikutan bau yang busuk di sekitar taman terlibat. Siasatan JAS mendapati aduan penduduk adalah berasas dan jarak antara penduduk taman dengan premis kilang adalah sekitar 30 meter sahaja.

Justeru, premis kilang tersebut telah diperiksa dan tindakan kompaun telah diambil atas kesalahan gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005.

Notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 juga diambil supaya pihak kilang membuat tindakan segera bagi mengawal pencemaran bau terbabit.

Sumber Rujukan : Berita Harian & Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut

π—˜π—¦π—–π—”π—£π—˜ π—–π—›π—”π—Ÿπ—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—˜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) SeramaiΒ  49 …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—₯𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jika anda …
Maklumat Lanjut