DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi dan Operasi)
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) memberikan sumbangan berjumlah RM48,000 kepada empat buah hospital di Pulau Pinangย bagi membantu menyediakan kemudahan perubatan yang lebih selesa di hospital kerajaan. Empat buah hospital itu adalah Hospital Kepala Batas, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.
Pengerusinya Datuk Tan Teik Cheng berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah baki lebihan kos operasi pelaksanaan program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) sektor pengangkutan oleh SPPP pada tahun lalu.
Menurutnya, pelaksanaan PPVIN itu melibatkan caj RM60 yang dikenakan kepada 5,434 penerima vaksin terdiri daripada petugas barisan hadapan di Pelabuhan Pulau Pinang.
SPPP telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam pelaksanaan program tersebut tanpa mengambil sebarang keuntungan. Malah, baki lebihan tersebut kini disumbangkan sebanyak RM12,000 bagi setiap hospital tersebut sebagaiย ย inisiatif tanggungjawab sosial.
Sumber rujukan:
Bernama dan MG