47 KENDERAAN PEMANDU WARGA ASING DI SITA DALAM OPS PeWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi bersama Unit Peronda Bermotosikal ( UPB ) JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar bulatan Seberang Jaya pada pagi ini, bermula jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi. Sebanyak 44 buah motosikal, 2 buah kenderaan persendirian dan 1 buah lori kecil telah disita sepanjang Ops PeWA yang diadakan selama 2 jam.

Penguatkuasaan berfokus ini diadakan bertujuan untuk memastikan pemandu warga asing ( PeWA ) memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri yg sah semasa memandu di sini, serta mengambil tindakan tegas terhadap pemandu warga asing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu kenderaan di negeri ini.

Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas pemandu warga asing dan pemilik kenderaan yang engkar peraturan serta undang-undang ditetapkan semasa memandu di negeri ini.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut