DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit di dunia. Dalam satu sidang media berkaitan Pasukan Khas Tangani Inflasi di Bangunan Perdana Putra pada 7 Julai 2022, Tan Sri Annuar Musa berkata agensi terbabit, yang termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah diarah untuk mengadakan sesi libat urus dengan 22 pengeluar minyak yang sedang beroperasi untuk meninjau mekanisme bagi tujuan itu. Beliau berkata pasukan khas itu akan memantau harga sebenar minyak sawit dalam masa terdekat dan apabila kadar itu turun lebih rendah daripada nilai ambang berkenaan, pengilang dan peruncit harus memberi komitmen menurunkan harga minyak yang dijual. Tambah beliau, pasukan khas itu akan memastikan tindakan tegas dan berterusan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam ketirisan bekalan minyak masak yang berlaku secara berleluasaย sejak dahulu lagi. Beliau seterusnya berjanji Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan terus mendapatkan maklumat secara mendalam sekiranya masih terdapat pengilang yang turut terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan penjualan minyak masak bersubsidi secara pukal bagi tujuan lain.
Sumber: Laman Web BERNAMA