AKTIVITI PENGUATKUASAAN JPJ PULAU PINANG DI STESEN PENGUATKUASA (SPK) VALDOR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Stesen Penguatkuasa (SPK) Valdor telah menjalankan penguatkuasaan lebih muatan dan pelbagai kesalahan terhadap KPB yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat ( 2010 ).

Sepanjang penguatkuasan diadakan, pelbagai kesalahan telah dikesan seperti:

  • membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan.
  • tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).
  • Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran.
  • pelbagai kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran.
  • kesalahan lalulintas seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan membawa muatan secara bahaya.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap KPB akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat di jalan raya.

 

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut