Industri Halal Mendapat Tempat di Masyarakat

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Sensitiviti Toleransi (&Non Toleransi)

BAYAN BARU – Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan bahawa industri halal kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat termasuk golongan bukan Islam menerusi kerjasama baik untuk membangunkan industri itu dalam pelbagai sektor. Perkara itu dapat dilihat dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang yang belajar antara satu sama lain dan bekerjasama untuk mempertingkatkan industri global tersebut.

Ini termasuklah dari sektor makanan dan minuman (F&B), kosmetik dan farmaseutikal hingga ke pelancongan, semua lapisan masyarakat belajar daripada satu sama lain dan bekerja untuk memperkayakan seluruh industri global ini.

Dengan kerjasama yang positif ini, kerajaan negeri melihat industri halal di Pulau Pinang mencatat pertumbuhan yang mengagumkan. Dengan gabungan ekosistem ekonomi, bakat manusia serta latar belakang cemerlang dalam pembuatan, logistik dan infrastruktur rantaian bekalan, saya yakin kita dapat menunjukkan potensi terbaik kita. Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) di Pusat Konvensyen SPICE pada 2 Julai 2022.

Pulau Pinang turut mempunyai asas ekonomi yang kukuh apabila mencatatkan RM76.2 bilion dalam pelaburan walaupun ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Sumber: Laman Web Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut