SEORANG MAUT DALAM KEMALANGAN BERTEMBUNG MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI

————————————————————————————

DUNGUN

————————————————————————————

Seorang penunggang motorsikal yang berkerja sebagai pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 73.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Serai.

Dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Jun 2022, Shahril Ismail, 41, yang bertugas sebagai pengawal Keselamatan di Pejabat Agama Daerah Dungun disahkan meninggal ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun, jam 2.30 petang.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16 dari arah Bandar Dungun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Baru Kuala Abang. Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan motosikal berkuasa tinggi BMW K1600GT yang datang dari arah bertentangan sebelum kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan.

Mangsa kemalangan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal di bilik kecemasan hospital.  Penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berusia 54 tahun yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor hanya cedera ringan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memandu dengan penuh berhemah serta tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang yang tersayang.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut