BELIA LABUAN PERLU AMBIL PELUANG TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN

WP LABUAN – Para belia di wilayah ini disaran untuk mengambil pelbagai peluang yang disediakan kerajaan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.
Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias para belia perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan minat atau potensi diri untuk menghadapi dunia yang kian mencabar.
“Para belia boleh merujuk kepada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan agensi lain yang ada menyediakan sebarang kursus yang diminati agar boleh membantu para belia meningkatkan ilmu serta kemahiran yang ada.
“Potensi yang ada pada belia perlu dicungkil serta diasah bagi menjadi bekalan para belia meneruskan kehidupan terutamanya semasa pasca pandemik COVID-19 yang mana banyak sektor ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan mahupun perniagaan,”jelasnya semasa merasmikan Program Cambah Minda, Jabatan Penerangan Labuan, di sini semalam.
Tambahnya, para belia yang sudah mempunyai pekerjaan juga digalakkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memajukan diri sendiri serta kerjaya di masa hadapan.
SUMBER: JABATAN PENERANGAN WP LABUAN, MALAYSIA AKTIF

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut