EXPO KEUSAHAWAN PUGAR SEMANGAT PMKS TERUS BERDAYA MAJU

 

KOTA BHARU – Sempena Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2022 yang bermula pada 10 Jun sehingga 4 Julai di seluruh Malaysia, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Kelantan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kelantan pada 24 hingga 26 Jun di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Minggu PMKS peringkat Negeri Kelantan bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit”. Antaranya, jualan dan pameran yang melibatkan 50 pempamer, perkongsian maklumat oleh agensi, sesi inspirasi usahawan dan sesi padanan perniagaan antara Lotus’s Stores (M) Sdn Bhd dan Uniti Asia dengan sasaran RM500,000 nilai jualan.
Pelaksanaan Ekspo Keusahawanan Kelantan ini dapat memupuk budaya keusahawanan dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan masyarakat dengan menyediakan peluang kepada PMKS untuk memulakan semula perniagaan secara bersemuka.
Di samping dapat meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka serta mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat terkini tentang program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Sekali gus, membangunkan semula perniagaan yang terkesan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut