PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) BERJAYA BIMBING 7000 GOLONGAN B40

———————————————————————————————

KUALA TERENGGANU

———————————————————————————————

Kira-Kira 7,000 peserta daripada golongan B40 berjaya dibimbing melalui program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak ia diperkenal pada 2013. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, program itu yang menyasarkan 14 kursus bimbingan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar, menunjukkan impak positif apabila ramai peserta berjaya meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka.

KPKT turut menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh kementerian melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peserta bagi memastikan program PEKB yang dilaksana benar-benar memberi impak positif dalam kehidupan mereka. NGO yang dilantik hanya melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap peserta selama enam bulan selepas mereka mengikuti kursus kemahiran PEKB.

Pihak NGO bertanggungjawab memantau usahawan di bawah mereka. NGO perlu tahu siapa usahawan yang diselia, di mana mereka dan apa yang mereka telah capai supaya kementerian dapat pastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan ini digunakan sebaiknya serta melahirkan lebih banyak usahawan yang berjaya dalam kalangan B40.

Pada kali ini di Terengganu, seramai 130 peserta PEKB dari Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan yang merupakan usahawan B40 di bawah seliaan Persatuan Nurani Rakyat Malaysia telah berjaya menamatkan kursus yang dianjurkan selama 8 hari. Melalui program ini, ia dapat menjamin keutuhan ekonomi rakyat tempatan terutamanya golongan B40 dalam usaha mereka untuk mendapatkan sumber pendapatan yang kekal dan berterusan. Pendekatan ini sangat tepat dan selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut