DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
BERNAMA pada 20 Jun 2022 melaporkan seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian Jumaat lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun tersebut mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Sumber: Laman Web BERNAMA