BENGKEL PENILAIAN PEMATUHAN STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) 2022

 

Seremban – Rabu, 15 Jun 2022  – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan bengkel penerangan berkaitan panduan penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia SPMM kepada 14 buah masjid yang terpilih di setiap daerah di Negeri Sembilan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengerusi dan Setiausaha dari setiap masjid terpilih di daerah untuk mengikuti penerangan berkaitan Standard Penarafan Masjid Malaysia yang telah disampaikan oleh Prof.Dr. Mohd Aderi Che Noh dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi panduan kepada masjid-masjid yang terpilih untuk memastikan masjid-masjid ini mencapai tahap Standard Penarafan Masjid Malaysia yang meliputi pelbagai aspek seperti Komponen Pengurusan,Komponen Kemudahan Prasarana,Komponen Persekitaran dan Komponen Pengimarahan.

Sumber : JHEAINS Official

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut