AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PROMOSI KESIHATAN MENCEGAH DAN MENGAWAL PENULARAN HFMD DI PUSAT PERMAINAN KANAK-KANAK

AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PROMOSI KESIHATAN MENCEGAH DAN MENGAWAL PENULARAN HFMD DI PUSAT PERMAINAN KANAK-KANAK

Tarikh: 13 Jun 2022 (Selasa)

Lokasi: Pusat Permainan Kanak-kanak (indoor) sekitar kawasan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

Anggota terlibat: 7 orang petugas kesihatan

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  • Memberi pendidikan kesihatan berkenaan penyakit HFMD kepada pengusaha dan kakitangan pusat permainan ini termasuk punca jangkitan, cara penyebaran jangkitan, faktor risiko penyebaran penyakit HFMD di kalangan kanak-kanak dan langkah-langkah pencegahan HFMD, menekankan peranan gatekeeping kepada pengusaha pusat permainan.
  • Menjalankan pemantauan di tempat permainan, meneliti barang-barang permainan dan kawasan persekitaran dan tandas yang digunakan oleh kanak-kanak di samping memberi nasihat berkenaan langkah-langkah kawalan HFMD seperti cara mencuci tangan dengan betul.
  • Menyemak cara-cara pembersihan yang dijalankan oleh kakitangan pusat permainan dan memberi tunjuk ajar cara-cara membancuh cecair pembasmi kuman untuk pembersihan alat-alat permainan, lantai dan tandas.
  • Mengedar risalah dan poster mencegah HFMD kepada pengusaha pusat permainan.
  • Berkongsi nombor dan emel Pejabat Kesihatan Lembah Pantai untuk dihubungi sekiranya terdapat kemusykilan berkenaan penyakit HFMD dan langkah pencegahan.

#ANMS

#MalaysiaSihatSejahtera

#hfmd

#jomsihatlembahpantai

#KolompoSihat

Sumber : FB JOM SIHAT LEMBAH PANTAI

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut