PDRM MAHU AKTA DADAH DIPERKEMAS – PENGARAH JSJN

MELAKA, 12 Jun 2022 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda bagi memperkemas undang-undang berkaitan dadah baharu, termasuk Syabu yang kini semakin menjadi pilihan penagih di Malaysia.

Pengarahnya, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pindaan itu meliputi aspek hukuman bagi pengedaran dan pemilikan dadah serta penyenaraian bahan-bahan kimia baharu dikesan diguna bagi pembuatan bahan terlarang itu di dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Contohnya, sebelum ini jika memiliki 15 gram Heroin (seseorang itu dianggap mengedar dadah) dan boleh dihukuman gantung, tetapi bagi Syabu dan pil Ekstasi, 50 gram.

“Jadi untuk Syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15 gram sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini.

“Kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Pihaknya turut mencadangkan supaya beberapa jenis bahan kimia baharu diguna dalam pembuatan dadah sintetik disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam ADB 1952.

“Bahan-bahan baharu ini digunakan dalam menghasilkan dadah seperti syabu, ketamin dan pil yaba perlu disenaraikan bagi menangani masalah dadah.

“Di luar negara, lebih 900 bahan kimia disenaraikan sedangkan di Malaysia hanya ada 60 jenis dalam ADB 1952,” katanya.

Ditanya keputusan Thailand menghalalkan penanaman ganja di rumah kepada rakyatnya, beliau menegaskan perkara itu dalam ‘radar’ pihaknya dan kawalan dan pemantauan di sempadan negara kini ditingkatkan bagi mengekang penyeludupan dadah ke negara ini.

“Semangnya keputusan Thailand bakal memberi cabaran baharu kepada Malaysia untuk membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Ini (kebenaran tanam ganja di rumah) memang akan beri kesan, akan timbulkan keghairahan yang lebih di pihak kita.

“Ia akan memudahkan pergerakan ganja selepas dihalalkan sejak 9 Jun lalu hingga tiada had. Mungkin (pengedar dan penyeludup dadah) akan tumpu di sempadan untuk masuk ke Malaysia.

“Malah, semalam pun, kita merampas 860 kilogram ganja yang cuba diseludup masuk dari Thailand,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut