SARANAN MENTERI KESIHATAN AGAR PENGUSAHA MAKANAN DI RUMAH BERDAFTAR DENGAN KKM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Pengusaha dan pengendali makanan yang beroperasi di rumah digalak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi jaminan keselamatan makanan yang disediakan untuk pengguna.

Menurut Menteri Kesihatan itu lagi, biarpun tidak diwajibkan, penyenaraian itu dapat memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk makanan yang dijual dalam platform perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailling) yang diyakini selamat.

Beliau berkata, ketika ini penyenaraian itu masih dibuat secara sukarela yang boleh disemak melalui laman sesawang KKM.

Katanya, KKM perlu sentiasa berada di hadapan kelok perubahan teknologi makanan yang antara lain termasuk perubahan kepada gaya hidup masyarakat yang menyaksikan banyak permintaan makanan melalui platform dalam talian.

Ketika ini lebih banyak perniagaan yang beroperasi dari rumah (homebase) berikutan perubahan gaya hidup sepanjang pandemik COVID-19.

Ia memerlukan kualiti makanan dan semakan kepada kualiti yang memastikan Keluarga Malaysia dapat makanan yang selamat.

Disebabkan oleh perkara demikian, kita ada penyenaraian pengendali makanan dari rumah. Perkara ini bukan sijil wajib tetapi digalakkan supaya mereka ada dalam senarai KKM, kata beliau ketika sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut