HFMD DI PULAU PINANG MENINGKAT 20 KALI GANDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Jumlah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang terus meningkat dengan kumulatif setakat Minggu Epid (ME) 21/2022 adalah 3,012 kes berbanding hanya 144 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, statistik itu menunjukkan berlaku peningkatan kes HFMD sebanyak 20 kali ganda. Katanya, jumlah kluster juga meningkat sebanyak 14 kali ganda iaitu 102 kluster berbanding hanya tujuh yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, daerah Barat Daya merekodkan kes tertinggi iaitu 774 diikuti Seberang Perai Utara iaitu 632 kes, Seberang Perai Tengah (619 kes), Timur Laut (596 kes) dan Seberang Perai Selatan merekodkan sebanyak 391 kes.

Bulan lalu, media tempatan melaporkan hanya 959 kes HFMD di Pulau Pinang sejak Januari hingga 7 Mei lalu berbanding 102 kes dalam tempoh yang sama pada 2021 dengan terdapat 54 kluster.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut