JAS PULAU PINANG BANTU PERIKSA 14 KONTENA MEMBAWA SISA PLASTIK DI NBCT BUTTERWORTH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 1 Jun 2022, Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan ke atas 14 buah kontena berisi sisa plastik yang dibawa masuk dari negara Amerika Syarikat, New Zealand, Great Britain dan Belgium oleh pengimport dari Sungai Petani, Kedah di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, Pulau Pinang.

Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk penilaian Jabatan Insolvensi Negeri Kedah berikutan peisytiharan muflis Syarikat pengimport.

Turut hadir dalam pemeriksaan tersebut adalah Pengarah Jabatan Insolvensi Negeri Kedah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, SWCorp, dan pegawai Pelabuhan NBCT, Butterworth.

Kesemua 14 buah kontena yang mempunyai AP diperiksa dan 1 kontena membawa buangan plastik tercemar disyaki buangan SW 422 (campuran buangan terjadual dengan buangan bukan terjadual) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Persampelan telah dibuat ke atas buangan tersebut. Notis pemulangan Kontena dikeluarkan kepada agen untuk tindakan menghantar semula Kontena ke negara asal.

 

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut