DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Pulau Pinang, 3 Jun 2022 – Unit Operasi bersama Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK), JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya terhadap pemandu KPA, teksi, teksi limosium โairportโ, kereta sewa dan e- hailing yang beroperasi di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Operasi ini diadakan pada 2 Jun 2022 di Terminal Bas dan Teksi Sungai Nibong, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Kompleks Bukit Jambul.
KPA ini merupakan antara pengangkutan utama penduduk dan pelancong yang datang di negeri Pulau Mutiara ini. Justeru aspek keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan jabatan ini. Advokasi keselamatan jalan raya telah diadakan terhadap pemandu KPA ini. Diantara tip-tip keselamatan yang diberi terhadap pemandu kenderaan ini adalah kepentingan penggunaan segitiga keselamatan, fungsi alat pemadam api, peti keselamatan, jarak pemanduan kenderaan yang selamat serta pematuhan peraturan dan undang-undang semasa pemanduan di jalan raya dan juga memastikan keselesaan penumpang dan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Risalah keselamatan turut diedarkan semasa advokasi dilaksanakan.
Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya membabitkan KPA ini, serta dapat mendidik pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa
Sumber: