JAWI PERKENAL SPBT KAFA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Inisiatif terbaharu ini bakal memberikan manfaat kepada 33,818 orang murid KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf dan golongan B40.

Keseluruhan nilai bantuan berjumlah RM 1.8 juta itu diberikan melalui peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga, mengurangkan dan mengatasi masalah keciciran pembelajaran agama serta meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan murid KAFA.

Fasa pertama skim bantuan tersebut telah selesai dilaksanakan pada Mac lalu melibatkan edaran 46,550 naskhah buku teks kepada 12,221 murid tahun 1 dan 2 merangkumi tujuh subjek KAFA iaitu Adab, Akidah, Bahasa Arab, Ibadah, Jawi dan Khat, Sirah dan Tilawah al-Quran dengan keseluruhan kos bernilai RM 691,005.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI   https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut