SABRI YUNUS DINOBATKAN SEBAGAI DUTA ANAK SENI KELANTAN 2022

 

14 Mei 2022 – Pada malam tadi, Menteri Besar Kelantan dapat bersama-sama penggiat seni Negeri Kelantan khususnya seni budaya dikir barat.

Sebanyak 9 kategori anugerah dipilih untuk dianugerahkan kepada 24 penerima. Antaranya penerima ialah Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat.
Kerajaan Negeri Kelantan yakin penganjuran Malam Himpunan dikir barat berjaya mencapai objektif antaranya memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan, mengeratkan hubungan silaturrahim penggiat seni dikir barat seluruh Kelantan serta memartabatkan seni dikir barat sebagai warisan budaya Kelantan agar tidak hilang dan pupus. Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut