MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH TANAH MERAH KELANTAN

 

IPD Tanah Merah, 19 Mei 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah disambut dengan meriah dan amat bermakna dengan kehadiran Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun dan isteri YBhg. Datin Suzana binti Yashin, Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah Kelantan dengan semangat kerjasama di kalangan Pegawai dan anggota dengan menyediakan sebanyak 12 buah gerai pelbagai menu dan juadah yang menyelerakan mengikut Bahagian, Balai Polis dan Cawangan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Pada kesempatan itu juga, Pemangku Ketua Polis Kelantan bersama isteri telah melawat dan beramah mesra di gerai-gerai yang tersedia seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Gerai Tercantik dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan telah menyempurnakan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak Pegawai dan Anggota yang hadir dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

#poliskontinjenkelantan
#pdrmkelantan
#pdrmkelantan_official
#polisderahtanahmerah

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut