OPS TAPIS BSJND IBU PEJABAT POLIS DAERAH TAMPIN

Bertindak atas maklumat, pada 17/05/2022 pada jam 1800 hrs, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah buat serbuan di sebuah bilik Hotel sekitar Tampin, Negeri Sembilan dan menahan seorang lelaki berumur lingkungan 40an atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Heroin dan Syabu.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai (40) peket plastik yang mengandungi dadah jenis Heroin anggaran berat 1005 gram dan (1) peket plastik yang mengandungi dadah jenis Syabu anggaran berat 150 gram yang dijumpai dalam (1) beg galas yg digalas saspek. Hasil ujian saringan awal mendapati saspek positif Morphine. Nilai rampasan dadah bernilai RM 45, 150.00.

Saspek kini ditahan reman di bawah sek 117 KPJ selama 7 hari dan disiasat di bawah Sek 39B ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut untuk dijual sekitar Pekan Pasir Besar, Felda Jelai, Gemas, dan Felda Palong, Jempol, Negeri Sembilan.

Sumber : FB IPD Tampin

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut