MUALLAF ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN TERIMA BANTUAN RUMAH

   

JEMPOL, 18 Mei 2022 – 3 keluarga Orang Asli Islam Kampung Orang Asli Sungai Sot, Jempol menerima bantuan rumah.

Hasil permohonan beliau bagi mendapatkan bantuan pembinaan rumah melalui asnaf muallaf telah diluluskan dan suatu majlis ringkas penyerahan kunci rumah yang dibina telah diadakan pagi tadi.

Majlis Perasmian Rumah Baitul Rahmah itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli diiringi Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah JHEAINS Jempoldan disaksikan sama Pegawai JAKOA Daerah Jempol serta Pegawai Baitul Mal Jempol.

“Rumah berkeluasan lebih kurang 700 kaki persegi yang telah dibina ini adalah hasil kutipan zakat dan disalurkan kepada golongan yang memerlukan,” kata Dato’ Mohd Zaidi dalam ucapannya.

Pembinaan rumah ini semoga dapat memberi keselesaan kepada 3 buah keluarga dalam menempuhi hari-hari mendatang serta membolehkan anak-anak membesar dalam keadaan yang selamat dan sihat.

Turut hadir Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Redzuan Ramli dan Penggerak – Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan.

   

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut