SESI KUNJUNGAN HORMAT KE MENARA MERDEKA 118, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 – YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama rombongan Kepimpinan dari IPD Dang Wangi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Menara Merdeka 118, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Turut hadir bersama Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai.

Ketibaan rombongan KPD Dang Wangi telah disambut mesra oleh YM Tengku Dato’ Abd Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PNB bersama barisan Pengurusan Tertinggi Menara Merdeka 118.

Pada Kunjungan Hormat tersebut, Pengurusan IPD Dang Wangi bersama Kepimpinan Menara Merdeka 118, telah membincangkan beberapa perkara yang lebih menumpukan kepada kerjasama di antara dua agensi bagi memberikan khidmat yang terbaik terhadap isu keselamatan di Menara Merdeka 118.

Selain membincangkan berkaitan tugas dan tanggungjawab, kunjungan kali ini dapat berkongsi idea baru dalam memberikan komitmen sepenuhnya dalam bersama-sama menjayakan aktiviti perancangan dan mengekalkan ketenteraman awam di dalam kawasan Pentadbiran IPD Dang Wangi bagi membantu masyarakat.

Sumber: FB Polis Dang WangiΒ https://www.facebook.com/PolisDangWangi

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut