MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ‘AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA’

Sebanyak 120 Gerai Pelbagai Juadah, Menu Kambing Golek Tarikan Utama.

 KUALA LUMPUR, 17 MEI 2022Majlis Sambutan Hari Raya ‘Aidilfitri@Dataran Merdeka’ akan diadakan pada 28 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dalam majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI dan Sambutan Hari Guru.

 

Program anjuran JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama rakan strategik menghimpunkan masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi menyediakan 120 gerai pelbagai menu dan juadah yang menyelerakan secara percuma untuk dinikmati oleh orang ramai. Majlis dijangka dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim.

 

Program dengan konsep yang serupa julung kali diadakan pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara. Acara tersebut menarik kehadiran 20,000 pengunjung pelbagai latar belakang dengan menu tarikan utama kambing golek dan durian. Acara berkenaan turut menerima anugerah _Malaysia Book of Records_ dalam Penganjuran Masjid Paling Banyak Dalam Acara Rumah Terbuka Hari Raya.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut