OPERASI PINDAH KARGO BERBAHAYA SECARA STS DI LABUAN DIPANTAU KETAT

WP LABUAN – Usaha pemindahan kargo berbahaya secara kapal-ke-kapal (STS) dalam had pelabuhan Teluk Victoria di sini, akan dipantau secara ketat dengan mengambil kira aspek impaknya terhadap alam sekitar.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) Datuk P Kamalanathan Panchanathan berkata pemantauan ketat sedemikian sememangnya dilaksanakan setiap kali aktiviti STS tersebut dijalankan.

“Pemantauan sedeikian amat wajar memandangkan jarak kawasan himpitan yang dibenarkan bagi pemindahan STS dengan taman marin Pulau Kuraman.

“Malah, kita sama sekali tidak boleh cuai dalam mengendalikan bahan berbahaya yang berisiko dari segi impak alam sekitar, terutamanya terhadap ekosistem serta hidupan marin di Pulau Kuraman.

“Oleh itu, pihak pengendalinya perlu melaksanakan aspek pengurusan risiko bagi memastikan tiada sebarang kejadian tumpahan minyak ketika dan selepas operasi STS dijalankan,” katanya kepada Bernama.

Kamalanathan berkata, kerajaan telah meluluskan enam kawasan himpitan bagi tujuan STS yang mencukupi bagi menampung sehingga 12 kapal untuk aktiviti STS pada masa yang sama.

Beliau mengulas kejayaan Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd yang berpangkalan di sini, mencatat lembaran baharu dalam pengendalian kargo apabila menjalankan operasi pemindahan kargo minyak mentah secara STS buat pertama kalinya di had pelabuhan Teluk Victoria, Labuan.

Syarikat yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengendalian kargo gas cecair dan petroleum luar pesisir, telah menerima lesen pertama pada 31 Julai, 2021 bagi mengendalikan operasi STS membabitkan produk minyak dan gas cecair dalam had pelabuhan Teluk Victoria di Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benjamin Bernard Bijion berkata operasi sedemikian akan dijalankan dalam keadaan cuaca yang baik bagi memastikan keselamatan pemindahan kargo dalam ruang alam sekitar yang ditetapkan.

Menurutnya, syarikat tersebut akan mengendalikan produk seperti minyak mentah, diesel dan sisa bahan api, pelbagai jenis gas dan petrol, bahan api jet, naphtha dan gas petroleum cecair, gas asli cecair serta gas etana cecair.

“Sebagai penyedia khidmat STS, syarikat ini mempunyai prosedur operasi yang diluluskan serta garis panduan sewajarnya, termasuk pelan tindak balas kecemasan,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut