TERIMA KASIH PBT, JAGA KEBERSIHAN DI MUSIM PERAYAAN – EXCO KERAJAAN TEMPATAN

 

KOTA DARULNAIM – Sekalung tahniah dan terima kasih buat seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan khususnya kepada kakitangan kebersihan yang memainkan peranan penting memastikan kebersihan negeri terjaga pada musim perayaan.
Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Izani Husin menerusi facebook rasminya, semalam.
Menurutnya sistem pengurusan kutipan sampah yang ada di setiap PBT juga berjalan lancar sehingga isu kebersihan tidak wujud pada musim perayaan kali ini.
“Pekerja dedikasi bekerja sehingga ke subuh, seminggu sebelum dan selepas hari raya,” katanya.
Sebagai rekod, antara 300 hingga 350 tan sampah domestik dan pukal setiap hari dapat diuruskan PBT dalam tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas perayaan Aidilfitri di negeri ini.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut