HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 3 TAHUN 2022

IPOH, 10 MEI 2022 – Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2022 telah berlangsung  di Stadium Indera Mulia hari ini pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

YAB Menteri Besar Perak bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak mendengar permasalahan hadirin dan sebanyak 11 booth utama terdiri daripada setiap portfolio pentadbiran kerajaan Negeri Perak termasuk agensi pelaksana bagi setiap portfolio berada di dewan utama. Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak yang berada di bawah portfolio Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC turut menyertai program ini sejak ia diperkenalkan.

Selain itu, pengunjung juga turut boleh mendapatkan keperluan dan perkhidmatan di Kedai Bergerak Negeri Perak. Berbelanja RM25 ke atas di KBNP seterusnya para pengunjung LAYAK MEMBELI ayam segar pada harga RM4 seekor.

Antara  perkhidmatan lain yang disediakan adalah daripada kaunter Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan info terkini daripada Jabatan Penerangan Negeri Perak. Tambahan, LPPKN, Tabung Haji dan Majlis Bandaraya Ipoh turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut