BERAYA DAN PEMBAZIRAN MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

TERAS  7 – PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Pembaziran makanan sudah menjadi isu yang semakin serius di Malaysia. Secara keseluruhan, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 17,000 tan metrik merupakan sisa harian isi rumah. Jumlah itu merangkumi 44.5 peratus daripada 38,000 tan sisa pepejal sehari yang dihasilkan dan dibuang. Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), hampir 15,000 tan makanan dibazirkan setiap hari. Daripada jumlah itu, sebanyak 20 peratus atau 3,000 tan adalah lebihan makanan tidak disentuh dan masih boleh dimakan. Lebih menyedihkan, jumlah itu cukup untuk menampung 5.3 juta orang dengan hidangan tiga kali sehari, khususnya di negara tertentu seperti Syria dan Palestin.
Di Malaysia yang dikenali sebagai syurga makanan, terdapat juga sebilangan masyarakat yang masih kelaparan dan mencari makanan di kawasan pembuangan sampah. Pada 2018, kajian oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke atas responden yang menetap di rumah pangsa di Kuala Lumpur menunjukkan satu daripada 10 kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari.

Sumber: Laman Web Sinar Harian 1 dan Sinar Harian 2

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut