PROGRAM RAIKAN SYAWAL JBPM KL

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah bersama pegawai-pegawai kanan JBPM KL telah hadir ke 19 buah balai, Cawangan Forensik Kebakaran dan Pusat Gerakan Operasi bagi menyantuni semua pegawai yang bertugas serta pegawai-pegawai kadet KB29 & KB41 yang menjalani program ‘attachment’ di balai sepanjang hari raya tahun ini. Semasa lawatan tersebut, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JBPM KL juga menyerahkan bungkusan raya sumbangan PERSKEB KL dan PERISMA KL pada 2 Mei 2022 yang lalu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Komandan ABPM Wilayah Tengah, YS PKPjB Muhamad Azmi Bin Ismail dan pegawai-pegawai kanan Akademi. Mereka hadir bagi meninjau dan memantau aktiviti 66 orang pegawai kadet ditempatkan di 10 buah balai di Kuala Lumpur.

Semoga kehadiran pegawai-pegawai Jabatan & sedikit sumbangan raya ini dapat menyuntik semangat semua pegawai dan keluarga serta memeriahkan sambutan syawal pada tahun ini.

 

SUMBER: FB JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WP KL https://www.facebook.com/JBPMKL

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut