52 PENGHULU DIRAI DALAM MAJLIS JASAMU DIKENANG

 

KOTA BHARU – Sempena Hari Raya Aidilfitti, seramai 52 orang penghulu yang bersara pada tahun 2021 telah diraikan di Hotel ibis Styles Kota Bharu, hari ini.
Berucap semasa merasmikan majlis, Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob berkata, “Penghulu adalah antara pribadi-pribadi yang telah berkerja keras untuk memberi sokongan dalam membantu pertadbiran 32 tahun Membangun Bersama Islam (MBI) samada melalui saluran kerajaan ataupun parti. Jadi kita ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada penghulu-penghulu yang telah bersara.”
Beliau turut menyatakan penghulu merupakan pelaksana tuntutan-tuntutan kerajaan di peringkat bawah agar sampai kepada masyarakat dan rakyat. Disamping itu, penghulu juga merupakan pengerak kepada program-program samada berbentuk ‘amal islami’, ‘amal jamaie’ atau ‘amal ijtimaie’. Selain itu, peranan penghulu dalam menyelesaikan permasalahan akan menjamin kepercayaan rakyat terhadap pertadbiran MBI. Oleh itu, para penghulu yang bersara juga diharapkan akan terus bersama dalam perjuangan Islam dan sentiasa membantu penghulu baharu di lapangan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut