PERANTAU DIRAI DALAM MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA PIMPINAN

 

KOTA BHARU – Setelah dua tahun sunyi tanpa majlis sambutan Aidilfitri akibat pandemik, kali ini perantau anak Kelantan yang pulang beraya dirai dalam Majlis Mesra Aidilfitri Bersama Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, pada 4 Mei 2022.
Berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menzahirkan rasa terima kasih atas kehadiran semua peserta dan berharap semoga perantau sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk Membangun Bersama Islam (MBI).
“Kerajaan Kelantan sentiasa berbincang dan berterima kasih dengan pihak kerajaan negeri lain kerana sentiasa membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kelantan untuk bekerja di negeri luar,” katanya.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada perantau yang telah turut bersama Kerajaan Negeri membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang baru-baru ini.
Majlis anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) tersebut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.
Seorang perantau yang masih menuntut pengajian dalam jurusan Sejarah di Universiti Malaya, Nurul Hami Mohamed Din, 21, dari Kota Bharu terpilih mendapat hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal.
“Saya sangat bersyukur dan terkejut kerana terpilih mendapat cabutan bertuah ini. Terima kasih kepada pihak penganjur dan kerajaan negeri kerana meraikan kami sebagai perantau dalam majlis sebegini,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut